• KURSUS INI  MENERANGKAN TENTANG PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN


  • Kursus ini memberi tumpuan kepada tahap-tahap perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan serta kesan kecacatannya ke atas perkembangan motor, kognitif, afektif dan psikososial. Sejarah pendidikan untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan di Malaysia dan di luar negara, peranan ibu bapa dan kepentingan intervensi awal juga dibincang.

  • Kursus ini adalah khas untuk pelajar-pelajar masalah pendengaran semester 3.Pendedahan terhadap bidang Audiologi dengan mengaitkanaudiologi dengan bidang kesihatan, peranan dan kepentingan bidang audiologi dan kepentingan bidang berkenaan.


  • Kursus ini membincangkan isu-isu dan cabaran dalam pendidikan murid-murid berkeperluan khas dari aspek penempatan pelajar; prasarana kelas khas; profesionalisme guru; keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran; isu pelabelan, pengasingan dan integrasi; pentaksiran; pengurusan kelas khas; kepelbagaian kompetensi murid dan penglibatan ibu bapa serta komuniti.
  • Kursus ini memfokus kepada kemahiran asas untuk berdikari yang perlu diajar kepada murid bermasalah pembelajaran. Ia merangkumi topik-topik yang berkaitan konsep kemahiran asas untuk berdikari, kemahiran-kemahiran asas untuk berdikari yang meliputi kemahiran urus diri, pengurusan rumah tangga, kemahiran memasak, kemahiran jahitan, kemahiran berkebun, kemahiran memelihara haiwan, keselamatan diri, tatasusila / adab dan pengurusan bilik darjah.

  • Kursus ini merangkumi konsep-konsep penting dalam bidang Kemahiran Hidup, Rekreasi dan Pendidikan Jasmani Suaian. Pelajar didedahkan kepada kemahiran memasak, pengurusan dapur dan rumah, pendadanan serta pengurusan aktiviti rekreasi dan Pendidikan Jasmani yang sesuai bagi individu bermasalah penglihatan. Penekanan diberikan kepada pengalaman hands-on.


  • Kursus ini meliputi kemahiran membraille, membaca dan menulis pindah Kod Braille Bahasa Inggeris berdasarkan Standard English Braille Code yang dihasilkan oleh Royal National Institute for the Blind (United Kingdom). Pelajar juga didedahkan kepada penggunaan perisian komputer dan embosser untuk menghasilkan kod Braille Bahasa Inggeris.

  • Kursus ini meliputi pengetahuan tentang Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Kod Tangan Bahasa Inggeris (KTBI). Aspek yang dititik beratkan ialah kemahiran menggunakan KTBM dan KTBI secara ekspresif dan reseptif. Fokus diberi kepada aplikasi KTBM dan KTBI dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada murid-murid bermasalah pendengaran.
  • Kursus ini memberi pendedahan yang menyeluruh terhadap konsep pendidikan khas yang merangkumi falsafah, sejarah, perundangan serta kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Guru pelatih turut akan dibimbing bagi membuat penyediaan bantuan serta kolaborasi antara pelbagai pihak dan agensi lain terhadap perkembangan pendidikan khas ini.
  • Write a concise and interesting paragraph here that explains what this course is about

  • Kursus ini berfokus pada pengetahuan asas mengenai anatomi mata, proses penglihatan dan punca masalah penglihatan. Pelajar diperkenalkan kepada jenis-jenis kemahiran penglihatan (visual skills) dan kaedah pentaksiran penglihatan. Latihan mentafsirkan laporan mata bertujuan membolehkan pelajar melaksanakan perancangan pendidikan individu bagi murid bermasalah penglihatan.

  • Kursus ini memperkenalkan pelajar konsep-konsep asas dalam bidang orientasi dan mobiliti, teknik-teknik bergerak (dengan dan tanpa alatan) diajar. Latihan amali untuk mempraktikkan teknik-teknik yang dipelajari akan merangkumi latihan di dalam dan di luar bangunan.


  • Kursus ini merangkumi perancangan, persediaan dan pengajaran kanak-kanak buta dan berpenglihatan terhad. Pelajar dilatih mengadaptasi kurikulum, menyediakan bahan bantu mengajar serta penggunaan ICT dan peralatan khas yang sesuai. Pendedahan kepada keperluan pendidikan murid bermasalah penglihatan dengan kecacatan tambahan juga diberikan. Sesi pengajaran mikro dan makro disediakan untuk pengukuhan pembelajaran dan pengalaman hands-on.


  • Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada mesin braille dan sejarah perkembangan Kod Braille. Penekanan diberi kepada teknik-teknik membraille, membaca dan menulis pindah Kod Braille Bahasa Melayu dan Kod Braille Matematik. Pelajar juga didedahkan kepada penggunaan Slate and Stylus untuk menghasilkan Braille.


  • Kursus ini meninjau jenis-jenis masalah bahasa dan komunikasi yang dijumpai di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Penekanan diberi kepada kepentingan meningkatkan kemahiran dalam komunikasi dan bahasa untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi dibincangkan. Beberapa pendekatan dan kaedah dalam penilaian dan intervensi bahasa difokuskan.


  • Kursus ini merangkumi pengetahuan asas tentang intervensi awal dan khidmat sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Penekanan diberi kepada komponen dan jenis intervensi yang sesuai mengikut kategori masalah yang dialami. Pelajar diberi peluang menjalankan pemerhatian dan penilaian terhadap pelbagai program intervensi awal dan khidmat sokongan melalui aktiviti lawatan.


  • Kursus ini merangkumi penggunaan dan pembinaan instrumen pentaksiran serta pelaksanaan pentaksiran dalam bidang pendidikan khas. Pelajar diajar membina pelbagai jenis instrumen dalam pelbagai bidang yang penting. Pelajar juga dilatih menggunakan maklumat pentaksiran untuk merancang pengajaran yang berfokus dan berkesan.


  • Kursus ini merangkumi penggunaan dan pembinaan instrumen pentaksiran serta pelaksanaan pentaksiran dalam bidang pendidikan khas. Pelajar diajar membina pelbagai jenis instrumen dalam pelbagai bidang yang penting. Pelajar juga dilatih menggunakan maklumat pentaksiran untuk merancang pengajaran yang berfokus dan berkesan.


  • Kursus ini memperkenalkan tentang konsep and falsafah pemulihan individu kurang upaya dalam komuniti. Kerjasama pelbagai disiplin dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembangunan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti turut dikaji. Pelaksanaan projek kemasyarakatan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti memberi pengetahuan dan pengalaman hands-on mengenai pengurusan serta pentadbiran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.


  • Kursus ini merangkumi pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Khas di Malaysia.Pelajar didedahkan kepada peranan guru Pendidikan Khas, proses pembuatan keputusan, pengurusan sumber, kewangan dan penilaian program Pendidikan Khas.