• Bermain kibod dengan iringan kord-kord.

    Belajar skel, arpeggio dalam nada D,A,Bb dan Eb major  dan nada B,F#,G dan C minor.

    Selain itu, intro, fill-in dan ending juga dipelajari.


  • Kursus ini memperkenalkan pengaplikasian teknologi muzik dalam bilik darjah, peranan teknologi dan perisian muzik dalam menghasilkan gubahan muzik, mengaplikasikan perisian notasi muzik serta perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer melalui penggunaan perisian FINALE / SIBELIUS, MUSIC ACE, dan AURALIA dan pengalaman hands on dalam penyuntingan, pengadunan dan mastering bahanmuzik dengan menggunakan perisian CAKEWALK SONAR

    This course is an introduction in the application of music technology in the classroom, the role of technology and music software in the production of music composition, use music notation software and computer assisted instruction software such as FINALE / SIBELIUS, MUSIC ACE and AURALIA and hands on experience in editing, mixing and mastering music materials with music software such as Cakewalk SONAR and notation software FINALE / SIBELIUS.


  • Kursus ini memberi kemahiran pelaksanaan dan pelaporan penyelidikan tindakan dalam Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah yang melibatkan pelaksanaan penyelidikan tindakan di sekolah dan penulisan laporan, penganjuran seminar, prosedur pendokumentasian dan penerbitan penyelidikan tindakan.

    This course provides skills in implementating and reporting action research in Music Education for primary education. It involves the implementation of action research in school and writing an action research report, organization an action research seminar, documentation and publication procedure of action research.


  • Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, pengenalan terhadap pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, prosedur penyelidikan pendidikan, konsep dan model-model penyelidikan tindakan, proses penyelidikan tindakan, perancangan dan cadangan, kaedah-kaedah pengumpulan data, pertimbangan dalam pengumpulan data, analisis data, interprestasi data penyelidikan tindakan, penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, dan cara-cara menyebarkan data penyelidikan tindakan.

     

    This course provides knowledge about action research method in Music Education for primary education. It discusses introduction to research methods in education, types of educational research, introduction to various types of educational research design, educational research procedure, concepts of action research and models, action research prosess, planning and proposal, data collection methods, data collection considerations, data analysis, interpreting the action research data, writing an action research report and article and ways of making action research data public.


  • Kursus ini memberi fokus kepada teknik vokal ekspresi yang meliputi antara lainnya, ekspresi dalam pelbagai dinamik, tempo dan perangkaian dan latihan nyanyian dalam pelbagai rentak.

    This course focuses on vocal techniques such as expressions in various dynamics, tempo and phrasing and singing in various rhythm.


  • Kursus ini dirancang untuk pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus asas bermain gitar tahap IV. Kursus bermain gitar tahap V memberi latihan dan kemahiran pengukuhan dan pengayaan untuk menjadi seorang pemain gitar yang benar-benar mahir.

    This course is designed for students who have successfully completed foundation course guitar level IV. Guitar course level V provides training in reinforced and enrichment skills towards a competent guitar player


  • Kursus ini memberi fokus kepada permainan piano dalam pelbagai repertoire dan genre muzik termasuklah repertoire dari era baroque, klasik, romantik, abad ke 20 dan permainan muzik semasa Malaysia dan kemahiran bermain piano secara individu.

    This course focuses on piano playing on a repertoire from the baroque, classic, romantic and the 20th century eras with different music genres.This repertoire also includes Malaysian Music of today and individual student piano playing.


  • Kursus ini mengandungi lima bahagian iaitu pilihan muzik instrumental dari Negara-negara China, Jepun, India, Thailand dan kawasan Sub-Saharan Afrika, membincangkan pelbagai muzik klasik dari zaman Renaisssance, Barok, Klasik, Romantik, Abad ke 20 dan Jazz, menganalisis skor mengikut zaman dan pendedahan kepada beberapa komposer, genre, karya dan stail dengan lebih mendalam.

    This course comprises of five categories namely selected instrumental music from China, Japan, India, Thailand and Africa, discussions are held to analyse aspects of music genre, styles and composers music scores from Renaissance, Baroque, Classical, Romantic, 20th century and Jazz eras, Scores from different eras are analysed on a deeper level with reference to the composers, genre and compositional styles.


  • Kursus ini memberi fokus kepada teknik vokal sebutan, teknik persembahan, latihan nyanyian dalam pelbagai rentak, mempraktikkan kemahiran dan teknik dalam pelbagai repertoire lagu.

    This course focuses on vocal diction techniques. Students are exposed to performance techniques and singing in various rhythm and practise vocal skills and techniques from different repertoire.


  • Kursus ini memberi fokus kepada teknik vokal sebutan, teknik persembahan, latihan nyanyian dalam pelbagai rentak, mempraktikkan kemahiran dan teknik dalam pelbagai repertoire lagu.

    This course focuses on vocal diction techniques. Students are exposed to performance techniques and singing in various rhythm and practise vocal skills and techniques from different repertoire.


  • Kursus ini memberi latihan dan kemahiran lanjutan dan pengayaan untuk menjadi seorang pemain gitar yang mahir, pendekatan pembelajaran kendiri secara solo dan pengalaman membuat persembahan yang lebih menjurus kepada profesionalisme.

    This course provides skill training and enrichment for a competent guitar player. The application of guitar skills in performance playing is geared towards a professional guitar player. self access and group learning approach and experiences geared towards guitar professionalism.


  • Kursus ini memberi fokus kepada pembelajaran lanjutan permainan piano ke tahap IV. Aras kesukaran kandungan pelajaran meningkat dan aplikasi pelbagai teknik permainan piano dalam pelbagai repertoire dan permainan semerta juga adalah lebih mencabar.

    This course is a continuity towards level 4 in piano playing techniques, sight playing and a variety in repertoire. On this higher level, piano playing techniques, sight playing and the variety of repertoire becomes increasingly challenging.


  • Muzik Malaysia mengandungi enam bahagian iaitu Muzik Bentuk Seni Lakon, Muzik Bentuk Tarian Utama, Muzik Ensembel Sosial Popular, Muzik Ensembel Lain, Muzik Vokal koral dan Muzik Instrumental solo, genre- genre yang dipilih mewakili tradisi muzik klasik, rakyat dan sinkretik daripada pelbagai kaum di Malaysia, pelbagai genre melalui aktiviti pendengaran, analasis tayangan video ataupun persembahan sebenar, analisis skor, bengkel, dan pengalaman praktikal salah satu genre.

    Malaysian Music course contains six components: Music in the form of performing arts, Music in the form of dance, “Popular social” ensemble music, choral vocal music and solo instrumental music, music genres materials are selected from traditional classic music, folk songs and syncretic music from the Malaysian ethnics , students are exposed to different music genres through listening activity, video watching or live performances, score analisis, workshops and practical experiences.


  • Kursus ini memberi penekanan kepada sesi latihan pengajaran makro, perancangan sesi pengajaran makro, kemahiran-kemahiran dalam pengajaran makro, langkah-langkah pengajaran makro, merancang jenis penilaian dan kriteria penilaian yang diuji, amalan refleksi .

    This course focuses on macro teaching sessions, planning of macro teaching sessions, develop skills in macro teaching and sequential steps undertaken in macro teaching, planning the types of assessment and valuation criteria based on the specified musical aspects, practice to reflect and write on the work carried out.


  • Kursus ini adalah lanjutan kepada vokal II dengan memberi fokus kepada teknik vokal resonan dan penghasilan ton, mempraktikkan kemahiran dan teknik tersebut dalam pelbagai repertoire lagu dan memberi latihan nyanyian dalam pelbagai rentak.

    This course is a continuity from course vocal II. Emphasis is on resonance and tone production of vocal techniques. Students practise technical vocal skills from various repertoire and learn to sing with various rhythm.


  • Kursus ini dirancang untuk pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus asas bermain gitar tahap II , penekanan kepada perkembangan stail, artikulasi, rentak, dinamik, dan kemahiran yang lebih kompleks sebagai pemeringkatan latihan.

    This course is designed for students who have successfully completed guitar foundation course level II, Style, articulation, rhythm, dynamics and complex skills are developed as the course advances.


  • Kursus ini memberi fokus kepada lanjutan dan pemeringkatan pembelajaran ke tahap III pelbagai teknik permainan piano dalam pelbagai repertoire dan permainan semerta ,permainan piano dalam rentak Inang, Zapin, dan walking bass sebagai muzik iringan kepada lagu-lagu KBSR dan semasa.

    This course is a continuity towards level 3 in piano playing technics, sight playing and a variety in repertoire. Students are guided in these 3 components throughout the course. Focus is on accompanying KBSR and current songs using Inang, Zapin and walking bass rhythms.


  • Kursus ini membincangkan kandungan kurikulum muzik sekolah rendah, memberi pendedahan kepada sukatan pelajaran pendidikan muzik KBSR merangkumi kemahiran menulis rancangan pengajaran tahunan, mingguan dan harian serta pengajaran mikro, perancangan serta format rancangan pelajaran tahunan, rancangan mingguan dan rancangan harian dan mengaplikasikan kandungan sukatan pendidikan muzik sekolah rendah dalam sesi latihan pengajaran mikro.

    This course discusses the primary school music curriculum, primarily on the KBSR music education syllabus. It comprises of preparing, planning and writing the year plan, weekly plan and the daily lesson plan with reference to the primary school music education syllabus. Micro teaching sessions are based on the primary school music education syllabus.


  • Kursus ini memberi pendedahan mengenai ciri-ciri ciptaan dalam Pendidikan Muzik, latihan mencipta melodi sesuara dari lapan hingga enam belas bar, pengajaran dan pembelajaran mencipta melodi, ciptaan ensembel rekoder, mengubah lagu-lagu yang sesuai untuk koir, nyanyian dari dua hingga empat lapisan suara yang lebih mantap danaktiviti mempersembahkan hasil ciptaan mereka sendiri.

    This course exposes the students to compositional devices in music education, melodic composition in single voice/part melody from eight to sixteen bars and the opportunity to perform their respective composition. Melody composition is put into practice in ensemble recorder composition and well arranged choir scores from two to four voices. Students’ present their respective music composition present during this course.


  • Kursus ini adalah lanjutan kepada vokal I dengan memberi fokus kepada teknik vokal fonasi, mempraktikkan kemahiran dan teknik tersebut dalam pelbagai repertoire lagu dan memberi latihan nyanyian dalam pelbagai rentak.

    This course is a continuity from course vocal 1. Emphasis is on the phonation of vocal techniques. Students practise technical vocal skills from various repertoire andlearn to sing with various rhythm.


  • Kursus ini dirancang untuk pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus asas bermain gitar tahap I. Penekanan kepada perkembangan stail, artikulasi, rentak, dinamik, kemahiran membuat persembahan, bimbingan, panduan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan bermain gitar, tumpuan akan diberi kepada ‘postur’ bermain yang betul, bacaan not, latihan aural, petikan dan cara ‘strumming’, nyanyian lagu, pelbagai rentak dan kod, konsep muzikal dan pengalaman persembahan di peringkat asas.

    This course is designed for students who have completed foundation course guitar at level I. Emphasis is on style development, articulation, rhythm, dynamics and performance preparation,students are guided throughout the guitar course with the correct posture in playing and the readingof music notation. In addidtion, aural, plucking, strumming style with different rhythm and chords, musical concepts and performance experience are given due attention in this foundation course.

  • Kursus ini memberi fokus kepada kesinambungan dan pemeringkatan pembelajaran ke tahap dua pelbagai teknik permainan piano dalam pelbagai repertoire dan permainan semerta, pengukuhan cara memainkan iringan mudah dengan tangan kiri dalam pelbagai rentak dan permainan piano sebagai muzik iringan kepada lagu-lagu KBSR sebagai persediaan pengajaran pembelajaran di bilik darjah.

    This course is a continuity, progressing to level two in piano playing techniques, sight playing and a variety in repertoire, to reinforcement, students are continually guided in playing left hand simple accompaniment with various rhythm patterns. In the teaching and learning of music in the classroom, emphasis is on piano playing accompanying KBSR songs.


  • Kursus ini memperkenalkan pendekatan muzik Zoltan Kodaly, Carl Orff dan Jaques Dalcroze, latihan melalui aktiviti muzikal dalam nyanyian lagu-lagu rakyat, permainan alat muzik, aktiviti muzikal dalam pergerakan yang berpusatkan pelajar.

    This course is an introduction to Zoltan Kodaly, Carl Orff and Jaques Dalcroze ,music approachesis method focuses on musical activities carried out for a clearer understanding of music concepts, singing folk songs, playing of musical instruments and music movement activities enables an effective understanding of the approaches.


  • Kursus ini menyediakan pelajar dengan teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan kibod sebagai alat iringan dalam bilik darjah, latihan dalam permainan melodi dalam pelbagai nada dengan tangan kanan dan kiri, latihan dalam menyanyikan melodi dari nada major ke nada minor, mengimprovisasikan melodi di kibod, latihan dalam permainan iringan kord blok, broken chord, bes alberti, jumping chord, dan chomping di kibod dan latihan dalam mengharmonikan melodi di kibod dan nyanyian.

    This course prepares students with techniques and skills required to use the keyboard as an accompanying instrument in the classroom, students are trained to play melodies in various keys with the right and left hands, sing melodies in keys changes from major to minor, melody improvisation, play block chords, broken chords, alberti bass, jumping chords and chomping chords at the keyboard


  • Kursus in merupakan lanjutan dari kursus Aural dan Nyanyian Semerta I. Kemahiran pendengaran, mengenal pasti jeda, melodi, triad, kord, kaden, irama, latihan dalam menulis melodi dan nyanyian semerta akan dipelajari.

     

    This course is a continuation of the Aural and Sight Singing Course I. It involves aural studies in intervals, melodies, triads, chords, cadence and rhythm, trained in aural dictation of melody score writing and sight singing.


  • Kursus ini memberi peluang kepada pelajar mempraktik dan mengaplikasikan kemahiran dan teknik vokal secara berkesan, pelajar diberi bimbingan dan panduan dalam mengatasi kesulitan yang berkaitan dengan kemahiran vokal dari peringkat awal.

    This course offers students to practise and apply vocal skills effectively. Students are guided throughout the course at this preliminary stage.


  • Kursus ini dirancang untuk pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman bermain gitar. Tumpuan diberi kepada ‘postur’ bermain yang betul, bacaan not, latihan aural, petikan dan cara ‘strumming’, bermain gitar sambil menyanyi, bermain pelbagai rentak, Memperkenalkan kord, dan konsep muzikal. Pelajar juga meningkatkan kemahiran pendengaran melalui aktiviti aural permainan gitar.

    This course caters to students without knowledge in guitar playing. Focus is on posture, reading of notes, aural practices, plucking and strumming style, playing the guitar while singing, playing with different rhythm, chords and musical concepts. Students also develop listening skills through aural guitar playing.


  • Kursus ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada pelbagai teknik bermain piano, latihan bermain dalam pelbagai repertoire, permainan semerta pada tahap I dan cara memainkan iringan mudah dengan tangan kiri.

    This course exposes students to various piano technical skills, playing a wider repertoire, sight playing at level I and introduction to guided simple left hand accompaniment.

  • Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang jenis dan ciri-ciri suara kanak-kanak dan remaja. Aspek yang difokuskan di dalam bilik darjah adalah langkah-langkah dalam pengajaran nyanyian, mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara mengatasinya, pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara, lagu lapisan, teknik pengendalian alat iringan, teknik bermain rekoder soprano, alto digabungkan dengan iringan alat perkusi, penyediaan dan penghasilan skor perkusi.

                                                                  

    This course exposes students to the types and characteristics of children and adult voices. Focus is on the teaching and learning of singing in the music classroom, identify problems faced in children’s singing and to overcome these problems, a variety of singing repertoire including two part singing, singing, students are trained to select accompanying instruments such as the playing of soprano and alto recorder with percussion instruments, preparation and arrangement of percussion scores.

  • Kursus ini merupakan lanjutan daripada Kursus Kecekapan Kibod I, pelajar mempelajari teknik permainan kibod dalam permainan skel, arpegio, kord dan pengaplikasian teori, harmoni dalam permainan repertoire kibod, jenis rentak iringan, kemahiran membaca skor kibod secara semerta dan mengimprovisasi melodi dan menambah repertoire dengan memainkan skor ensembel kibod dua suara. 

    This course continues from the previous keyboard I course. Keyboard technical skills, exercises in scale, arpeggio and chord playing, keyboard repertoire includes applying theory and harmony knowledge with using a variety of rhythm, accompaniment, develop keyboard sight reading and melody improvisation and keyboard repertoire includes playing ensemble keyboard score in two voices are taught.

     

  • Kursus ini memperkenalkan pengharmonian melodi, pembentukan kord dominan ketujuh, pergerakan pembalikan kedua, pergerakan kelima dan pengetahuan ini akan diaplikasikan dalam penulisan empat lapisan suara atau SATB bagi melodi yang mudah, pembelajaran ciri-ciri modulasi dan aspek-aspek melodi dan hiasan melodik yang digunakan dalam sesebuah ciptaan karya muzik.

    This course introduces the melodic harmonisation using the dominant seventh chord, progression of six four and chord progession in fifths. This is further applied in melody writing of 4 voices / SATB including modulation and aspects of melody. In addition, students use melodic decoration in their music composition.

     

  •  

    Kursus ini memberi pendedahan mengenai pandangan ahli falsafah dan kepentingannya dalam Pendidikan Muzik, matlamat, fungsi muzik dalam pendidikan, faktor-faktor sosiologi, psikologi, faktor-faktor sosiologikal dan psikologikal yang mempengaruhi tingkahlaku muzikal dikaji dan domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik dijelaskan dengan lebih spesifik.

     

    This course exposes students to the views of philosophers of music and the importance of music education,  aims and the functions of music in education,  importance of music, philosophical implications, sociological and psychological factors that affect music education, sociological and psychological factors that influence musical actions will be evaluated and the domain of teaching and learning music will be explained more specifically.

  • Kursus ini menyediakan pelajar dengan teknik dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan kibod sebagai alat iringan aktiviti muzikal dalam bilik darjah, pengukuhan dalam teknik permainan kibod melalui latihan dalam permainan skel, arpegio dan kord, aplikasi teori dan harmoni dalam permainan repertoire kibod dan permainan semerta pada kibod.

     

    In this course, students will be prepared with good technical skills that are needed in order to play a keyboard as an accompaniment instrument in a musical classroom, technical skills through drill exercises such as in the playing of scales, arpeggios and chords apply knowledge of theory and harmony to playing repertoire in various accompaniment rhythms and sight playing skills.

  • Kursus ini adalah lanjutan daripada asas teori muzik yang diperkenalkan di dalam Kursus Persediaan  di mana pelajar diperkenalkan dengan meter-lazim, tidak lazim, irregular meter, pembahagian masa tak sekata, klef-alto dan tenor, skel-nada major, minor dan kromatik dan jeda yang melebihi satu oktaf, kord-kord dalam pelbagai kedudukan, peraturan pengharmonian, pembentukkan kaden, penulisan kord secara figured bass dan topik not-not hiasan yang digunakan dalam muzik.

     

    This course is a continuation from basic music theory learnt in the preparatory course. Topics given focus here are meters in simple, compound and irregular time, irregular time division, alto and tenor clefs, major, minor and chromatic scales and compound intervals, knowledge of harmonization such as chord in different inversions, rules of harmony, formation of cadences and the recognition of figured bass.  Other than that ornaments in music scores will be taught.

  • Kursus ini memberi fokus kepada penguasaan kemahiran pendengaran iaitu mengenal pasti jeda, melodi, triad, kord, kaden dan irama serta nyanyian semerta menggunakan solfa untuk memperkembangkan kemahiran dalam nyanyian melodi dan irama dalam pelbagai nada, meter dan nilai not. 

     

    This course focuses on acquiring listening and sight singing skills musically and intelligently. It consists of listening to intervals, melodies, triads, chords and cadences. Students will be required to complete rhythmic and melodic dictation. This course also focuses on sight singing. In the sight singing section, students will be guided systematically using solfege to develop skills in singing melodies in various keys, meters and note values.