Perhimpunan Rasmi Bulan Jun 2013

Perhimpunan Rasmi Bulan Jun 2013 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Jun 2013 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail, IPGKIK
Anjuran : Jabatan Ilmu Pendidikan
    Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme

Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Perhimpunan Rasmi En. D.Govindarajan (Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

Last Updated on Monday, 17 June 2013 09:39

 

Pendaftaran Pelajar PISMP (GSTT) Ambilan Jun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP-GSTT) akan diadakan mengikut ketetapan seperti yang berikut :

Tarikh : 17 Jun 2013
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas

Sila muat turun dan lengkapkan Borang Sistem Maklumat Pelajar sebelum membuat pendaftaran. Semua pelajar juga perlu mengemukakan sekeping gambar berukuran pasport untuk permohonan kad matrik. Bayaran pendaftaran sebanyak RM70.00 perlu dijelaskan semasa pendaftaran. Program Penyesuaian Pelajar akan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 17 hingga 18 Jun 2013 sebelum pelajar-pelajar mengikuti program pengajian sebagaimana jadual tentatif yang disertakan.

 

Last Updated on Saturday, 15 June 2013 12:02

 

Jubah Konvokesyen Berpusat PISMP IPG KPM Kali ke-3 Tahun 2013

Para graduan (IPG Kampus Ilmu Khas) Konvokesyen Berpusat PISMP IPG KPM Kali ke-3 Tahun 2013 diminta mengambil jubah di IPG Kampus Ilmu Khas mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : PISMP - 25 Mei 2013 (Sabtu)
    PGSR - 3 Jun 2013 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Bilik Jubah, Blok TESL IPGKIK

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Nur Fajrina Anom binti Amir, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 03-91318160 (Samb. 30) atau 012-9444647. 

Last Updated on Thursday, 16 May 2013 12:12

 

Peringatan Terakhir Permohonan Penempatan Pelajar KPLI-SR J-QAF Ambilan Jan 2012

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPG Kampus Ilmu Khas memohon kerjasama pelajar-pelajar program KPLI-SR J-QAF ambilan Januari 2012 yang gagal mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan berkaitan permohonan penempatan agar mengambil tindakan SEGERA berdasarkan maklumat yang dilampirkan. Kegagalan untuk melengkapkan permohonan tersebut pada masa yang telah ditetapkan akan menyusahkan banyak pihak dan menjejaskan urusan penempatan kesemua pelajar ambilan Januari 2012.

Last Updated on Friday, 14 June 2013 16:57

 

Permohonan Penempatan Pelajar (e-Posting) Tamat Disember 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan penempatan secara atas talian (e-Posting) bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B. Ed. TEFL (QUT) yang dijangka menamatkan pengajian pada Disember 2013 boleh dibuat mulai sekarang. Sila rujuk pada lampiran yang disertakan untuk maklumat dan panduan lengkap bagi mengemukakan permohonan. Perhatian dan kerjasama daripada semua pelajar yang berkenaan adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

Last Updated on Monday, 13 May 2013 21:14

 

Page 2 of 12

Jabatan/Unit

Pautan Dalaman

Pelawat Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday192
mod_vvisit_counterYesterday1877
mod_vvisit_counterThis week6873
mod_vvisit_counterLast week7534
mod_vvisit_counterThis month21126
mod_vvisit_counterLast month39317
mod_vvisit_counterAll days538448

We have: 6 guests, 6 bots online
Your IP: 184.73.7.143
 , 
Today: Jun 20, 2013

Menu Pengguna

SALAM 1MALAYSIA



TERIMA KASIH

Hubungi Kami:

IPG Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91318160; 03-91318244
Faks: 03-91319393

Takwim IPGKIK

loader