Ucapan Takziah Buat Keluarga Ustaz Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim

Bonda kepada  Ustaz Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim (Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKIK), Hajah Zaleha  telah meninggal dunia pagi tadi (20.6.2013) di Hospital Ipoh, Perak.  Jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor (20.6.2013) di Kampung Sugai Terap, Batu Gajah, Perak.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Seluruh warga IPGK Ilmu Khas merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Mustapha Kamal bin Ahmad Kassim dan Dr. Zahiah binti Haris @ Harith (JAMPIM IPGKIK).  Kami mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

 

Last Updated on Thursday, 20 June 2013 08:40

 

Kursus Transformasi Jati Diri Negara Siswa Pendidik 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan kerjasama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan kursus tersebut bagi pelajar-pelajar Program Pelajar Cemerlang (PPC) mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 22 hingga 24 Jun 2013
Tempat : Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Sepang

Semua pelajar yang terlibat dikehendaki berkumpul di hadapan garaj bas IPG Kampus Ilmu Khas pada pukul 12.00 tengah hari, 22 Jun 2013 (Sabtu). Kehadiran semua pelajar PPC adalah diwajibkan.

 

Jadual Waktu P&P Jun-Nov 2013

Jadual waktu pengajaran dan pembelajaran Jun-Nov 2013 kini sedia untuk dimuat turun. Sila klik pautan berikut untuk memuat turun jadual waktu berkaitan. Terima kasih.

Jadual Waktu P&P Jun-Nov 2013

Last Updated on Monday, 17 June 2013 09:41

 

Pendaftaran Pelajar PPISMP Ambilan Jun 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar baharu bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 24 Jun 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan Dato' Razali Ismail, IPG Kampus Ilmu Khas

Sila rujuk kepada lampiran yang disertakan untuk maklumat lanjut. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk mengakses SPK.idaftar boleh memuat turun borang-borang yang berkaitan dari Kit Pendaftaran dan melengkapkannya sebelum hari pendafataran. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ilmu Khas di talian 03-91318160 sambungan 17/30.

 

 

Program Perkongsian Intelek Pensyarah (PROSPEN) Zon Tengah 2013

IPGKIK akan menganjurkan Program Perkongsian Intelek Pensyarah (PROSPEN) Zon Tengah 2013 mengikut ketetapan berikut:

Tema : PROSPEN Transformasi Pensarjanaan Pensyarah
Tarikh : 26 - 27 Jun 2013 (Rabu & Khamis)
Tempat : Bilik D101-D104, Blok D (26 Jun 2013)
    Dewan Dato' Razali Ismail (27 Jun 2013)
     
Ucap Utama : Prof. Dr. Sufean bin Husin (Universiti Malaya)
    27 Jun 2013 (Jam 11 - 12.30 tgh)

Semua warga IPGKIK dijemput hadir.

Last Updated on Wednesday, 19 June 2013 17:39

 

Page 1 of 12

Jabatan/Unit

Pautan Dalaman

Pelawat Portal

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday865
mod_vvisit_counterYesterday1877
mod_vvisit_counterThis week6508
mod_vvisit_counterLast week7779
mod_vvisit_counterThis month21799
mod_vvisit_counterLast month39317
mod_vvisit_counterAll days539121

We have: 23 guests, 5 bots online
Your IP: 50.16.108.167
 , 
Today: Jun 20, 2013

Menu Pengguna

SALAM 1MALAYSIA



TERIMA KASIH

Hubungi Kami:

IPG Kampus Ilmu Khas
Jalan Yaacob Latif
56000 Kuala Lumpur

Tel: 03-91318160; 03-91318244
Faks: 03-91319393

Takwim IPGKIK

loader